HAKIM BEBAS BUAT KEPUTUSAN BERDASARKAN FAKTA, UNDANG-UNDANG – KETUA HAKIM NEGARA
Para hakim bebas untuk membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang tanpa sebarang rasa gusar terhadap natijah politik atau sosial berhubung keputusan mereka.
PUTRAJAYA: Para hakim bebas untuk membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang tanpa sebarang rasa gusar terhadap natijah politik atau sosial berhubung keputusan mereka, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Beliau berkata berbeza dengan ahli politik, hakim tidak perlu menjawab kepada sesiapa, atau diperintah oleh desakan politik atau populariti.
“Seorang hakim seharusnya menjadi penimbangtara berperlembagaan yang bebas bagi keadilan, antara negara dan subjek-subjeknya (dan sebaliknya), serta antara subjek-subjek sesama sendiri.
“Kesetiaan hakim jelas dalam sumpah kehakimannya yang ditauliahkan oleh Perlembagaan, diikrar bagi tujuan melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan,” katanya semasa berucap pada Majlis Pembukaan Tahun Undang-Undang 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Merujuk kepada keputusan Pendakwa Raya menarik balik tuduhan jenayah terhadap individu berprofil tinggi sebelum ini, Tengku Maimun berkata keputusan-keputusan ini mungkin tidak diterima dengan baik oleh orang ramai, namun sebahagian besar kesalahan diletakkan pada badan kehakiman kerana terpaksa mengeluarkan perintah yang tinggal sahaja, setelah pertuduhan ditarik balik.
Tengku Maimun berkata di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara yang juga Pendakwa Raya mempunyai budi bicara untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding bagi kesalahan selain di hadapan Mahkamah Syariah.
Beliau berkata apabila Pendakwa Raya memutuskan untuk menarik balik pertuduhan, mahkamah hanya mempunyai satu daripada dua pilihan berbangkit yang minimum.
“Bergantung kepada fakta, kedua-dua pilihan ini adalah sama ada memberikan perintah melepas tanpa membebaskan yang popular sebagai DNAA, atau melepas dan membebaskan atau DAA.
“Mahkamah tidak boleh menyanggah dan bertegas dengan Pendakwa Raya bahawa pertuduhan akan kekal. Badan kehakiman dan Pendakwa Raya masing-masing mempunyai fungsi perlembagaan mereka sendiri dan kedua-duanya mesti dihakimi secara adil untuk melaksanakan kuasa mereka, mengenepikan yang lain,” katanya.
Tengku Maimun berkata apabila pertuduhan ditarik balik, hakim yang membuat satu-satunya perintah yang tinggal, akan dikatakan korup, kadangkala sebagai tidak cekap atau kedua-duanya.
“Orang ramai gagal memahami bahawa orang yang bertanggungjawab terhadap keputusan itu ialah Pendakwa Raya dan bukannya mahkamah. Selalunya mahkamah yang dihukum atas keputusan sedemikian dan ini menghakis keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman,” tambahnya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests