Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SUAMI ISTERI DISYAKI SELEWENG KUTIPAN ZAKAT RM9.62 JUTA DIBEBAS DENGAN BON MAHKAMAH

DALAM NEGARA

SUAMI ISTERI DISYAKI SELEWENG KUTIPAN ZAKAT RM9.62 JUTA DIBEBAS DENGAN BON MAHKAMAH

Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki menyeleweng kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM9.62 juta dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

IPOH: Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki menyeleweng kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM9.62 juta dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan membenarkan permohonan polis untuk membebaskan lelaki berusia 50 tahun dan isterinya berumur 53 tahun itu dengan jaminan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebanyak RM50,000 seorang.

Terdahulu, pasangan itu yang berpakaian biasa tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan diiringi anggota polis pada 9.30 pagi.

Mereka kemudian dibebaskan kira-kira 20 minit kemudian.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret di sini membenarkan suspek ditahan reman tujuh hari mulai 6 Jan lepas bagi membantu siasatan, kemudian tempoh reman tersebut dilanjutkan kepada 12 Jan, iaitu tiga hari lagi sehingga semalam.

Pasangan suami isteri itu yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk, ditahan di Kuala Lumpur kira-kira 12.35 tengah hari pada 5 Jan lepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading