Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI ISTERI DITAHAN DISYAKI DERA KANAK-KANAK LELAKI ENAM TAHUN HINGGA MATI

DALAM NEGARA

SUAMI ISTERI DITAHAN DISYAKI DERA KANAK-KANAK LELAKI ENAM TAHUN HINGGA MATI

KUALA LUMPUR: Polis menahan reman pasangan suami isteri yang merupakan pengasuh selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun sehingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Kepong, semalam.

KUALA LUMPUR: Polis menahan reman pasangan suami isteri yang merupakan pengasuh selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun sehingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Kepong, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan berusia 37 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merawat kanak-kanak malang berkenaan selepas dihantar oleh pengasuh.

“Kanak-kanak itu dihantar oleh pengasuh ke wad kecemasan HKL kira-kira 7.30 pagi semalam dan hasil bedah siasat menemui 20 kecederaan pada kepala, badan, tangan, dan kaki yang dipercayai akibat hentakan benda tumpul.

“Susulan itu, polis menahan reman pengasuh dan suaminya, yang kedua-duanya berusia 25 tahun, sehingga 7 Mac ini bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Rusdi berkata siasatan awal mendapati suspek lelaki bekerja sebagai penunggang p-hailing dan wanita terbabit hanya bekerja sebagai pengasuh sepenuh masa serta mengasuh mangsa bersama tiga anak kandungnya yang masing-masing berumur tujuh, enam dan empat tahun.

“Kanak-kanak lelaki itu dijaga oleh pengasuh dan tinggal bersama mereka sejak 21 Jan lepas dan hanya dilawat oleh ibunya berusia 27 tahun seminggu sekali.

“Ibunya membayar RM800 sebulan kepada pengasuh terbabit dan terpaksa menghantar anaknya kerana bekerja syif serta sudah bercerai dengan suaminya,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kematian. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading