Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN BRUNEI DIBENAR KELUAR IJN, BEREHAT DI KL – JPM BRUNEI

DALAM NEGARA

SULTAN BRUNEI DIBENAR KELUAR IJN, BEREHAT DI KL – JPM BRUNEI

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) semalam selepas menerima rawatan sejak Selasa lepas.

KUALA LUMPUR: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) semalam selepas menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Menerusi hantaran di Instagram, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei memaklumkan baginda kini bersemayam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Pakar perubatan telah menasihatkan bagi baginda berehat beberapa hari lagi sebelum berangkat balik ke Brunei Darussalam,” menurut hantaran itu.

Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia pada 25 Mei lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.

Baginda dilaporkan berehat di IJN sejak 27 Mei kerana keletihan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading