SULTAN SELANGOR NASIHAT SEGERA SELESAI ISU BANJIR, STADIUM SEBELUM BUBAR DUN
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan agar pentadbiran kerajaan negeri Selangor penggal ini diteruskan, susulan pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa 10 Okt supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor.
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan agar pentadbiran kerajaan negeri Selangor penggal ini diteruskan, susulan pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa 10 Okt supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan hari ini berkata perkara itu dititahkan ketika beliau menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan di sini, dalam sesi menghadap berjadual.
Dalam sesi menghadap itu, Amirudin berkata beliau telah menyembah maklum komitmen dan persiapan kerajaan negeri dalam mendepani kemungkinan situasi banjir di negeri itu, usaha pemulihan ekonomi, bantuan kebajikan, serta persiapan Belanjawan Selangor 2023 yang akan dibentangkan dalam sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun ini.
“DYMM Tuanku berkenan agar pentadbiran ini diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen Ke-14 berkuat kuasa 10 Okt untuk memberi laluan kepada PRU15, selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Susulan pembubaran Parlimen Ke-14 itu, Ismail Sabri turut mengesyorkan ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor untuk membubarkan DUN masing-masing, bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak.
Ditemui pemberita di luar pintu pagar utama Istana Bukit Kayangan selepas majlis menghadap itu, Amirudin berkata tidak ada permintaan untuk pembubaran DUN Selangor dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin pada sesi menghadap itu, yang berlangsung kira-kira dua jam bermula pada kira-kira 10 pagi.
“Kami akan ikut rancangan kami untuk membubarkan pada tahun hadapan,” katanya serta menambah Sultan Sharafuddin juga telah diberi gambaran bila kerajaan negeri akan dibubarkan.
Susulan itu, katanya Baginda telah menasihatkan beliau untuk berbincang dengan banyak pihak, supaya pilihan raya negeri Selangor yang diadakan tahun hadapan akan menjadi satu pilihan raya yang efisyen, kerana tidak diadakan bersekali dengan pilihan raya peringkat Parlimen.
Amirudin berkata Sultan Selangor menitahkan kerajaan negeri untuk segera menyelesaikan isu melibatkan kepentingan rakyat, termasuk projek tebatan banjir serta pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam sebelum membubarkan DUN.
“Baginda menasihatkan untuk kita (kerajaan negeri) menyegerakan apa yang patut dilakukan sebelum melaksanakan pembubaran DUN,” katanya.
Sementara itu, Amirudin berkata pembentangan Belanjawan Negeri 2023 serta Persidangan DUN yang dijadualkan berlangsung 28 Okt hingga 10 Nov ini, mungkin ditangguhkan bagi memberi laluan kepada PRU15.
“Kita akan berbincang dahulu bagaimana dan tengok tarikh pilihan raya yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau bajet dibentangkan semasa pilihan raya berlaku, pegawai kita banyak berurusan sebagai petugas-petugas pilihan raya. Jadi kecekapan bajet itu akan terganggu.
“Kemungkinan kita bakal tangguh (bajet negeri) selepas pilihan raya dan kita akan tengok dari sudut undang-undangnya, sebab tarikh pembentangan telah ditetapkan pada 28 Okt ini,” katanya.
Mengenai calon Pakatan Harapan (PH) yang akan ditampilkan untuk kerusi Parlimen di negeri itu, Pengerusi PH Selangor itu berkata kebanyakannya terdiri daripada penyandang kerusi, manakala kerusi di Ampang dan Gombak akan dibarisi muka baharu daripada PKR.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests