Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SURAU DI PUSAT MEMBELI BELAH, RNR DIBENAR BEROPERASI BERMULA ESOK

DALAM NEGARA

SURAU DI PUSAT MEMBELI BELAH, RNR DIBENAR BEROPERASI BERMULA ESOK

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara hari ini memutuskan surau di pusat membeli belah dan hentian Rehat dan Rawat (RNR) dibenar beroperasi bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai diingatkan mematuhi penjarakan sosial dan prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri.

“Sudah ramai pengunjung di pusat membeli belah mengadu surau ditutup. Jadi surau di pusat membeli belah akan dibuka bagaimanapun tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.

“Kita tahu rentas negeri akan dibenarkan esok jadi surau di RNR akan turut dibuka,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya hari ini.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, semua surau di pusat membeli belah dan RNR tidak dibenarkan beroperasi untuk mengekang penularan Covid-19. — AlHijrah Online/ Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading