Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUSPEK KES CULIK REMAJA 16 TAHUN MAUT DITEMBAK DI KLANG

DALAM NEGARA

SUSPEK KES CULIK REMAJA 16 TAHUN MAUT DITEMBAK DI KLANG

Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes culik membabitkan remaja berusia 16 tahun maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Bandar Bukit Tinggi, Klang, awal pagi tadi.

SHAH ALAM: Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes culik membabitkan remaja berusia 16 tahun maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Bandar Bukit Tinggi, Klang di sini awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya telah mengesan suspek warga tempatan berusia 21 tahun itu di Jalan Bayu Tinggi, Klang sebelum dia cuba melarikan diri daripada polis. 

“Suspek telah bertindak merempuh kenderaan polis, dan pihak kami mengejarnya sebelum dia berjaya dipintas dan berlaku tembak-menembak antara suspek dan anggota polis di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki suspek menemukan sepucuk pistol semi-automatik dan sebilah parang selain pemeriksaan ke atas lelaki itu mendapati tiada sebarang rekod jenayah.

Fadil berkata suspek disyaki sebagai antara individu terbabit dalam kes penculikan remaja perempuan warga tempatan di Seremban, Negeri Sembilan yang telah meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta daripada keluarga mangsa pada 10 April lepas. 

Beliau berkata keluarga remaja perempuan itu telah membayar wang berjumlah RM280,000 serta barang kemas dan mangsa dilepaskan keesokkan harinya (11 April) di Sendayan, Negeri Sembilan. 

“Kes ini juga menyaksikan polis berjaya menahan tiga lelaki dan tiga wanita kesemuanya berumur dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun di Sendayan bagi membantu siasatan dan berjaya menemukan RM230,000 selain rampasan lain yang sedang disemak,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading