Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUSPEK LETUPAN BOM DI ISTANBUL DITAHAN

DUNIA

SUSPEK LETUPAN BOM DI ISTANBUL DITAHAN

Menteri Dalam Negeri Turkiye Suleyman Soylu berkata seorang wanita yang meninggalkan sebuah beg berisi bahan letupan di Istanbul pada Ahad telah ditahan, lapor Sputnik, memetik penyiar awam TRT World.

Sumber Gambar: AFP

MOSCOW: Menteri Dalam Negeri Turkiye Suleyman Soylu berkata seorang wanita yang meninggalkan sebuah beg berisi bahan letupan di Istanbul pada Ahad telah ditahan, lapor Sputnik, memetik penyiar awam TRT World.

ARTIKEL BERKAITAN – LETUPAN DI ISTANBUL, 6 MAUT SETAKAT INI

Satu kejadian letupan berlaku di laluan pejalan kaki di Istiklal Avenue, Istanbul pada petang Ahad.

Menurut Presidennya Recep Tayyip Erdogan, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam kejadian itu.

Soylu berkata bahawa “suspek kejadian itu telah ditahan.”

Siasatan  awal mendapati bahawa Kurdistan Workers’ Party (PKK) dan tenteranya YPG, yang dikategorikan oleh Ankara sebagai organisasi pengganas merupakan dalang di sebalik kejadian, menurut Menteri Dalam Negeri.

Naib Presiden Turkiye Fuat Oktay berkata pada Ahad bahawa letupan itu turut mengakibatkan 81 orang cedera, 39 daripadanya telah dikeluar dari hospital.

Menteri Kehakiman Turkiye, Bekir Bozdag berkata seorang wanita dilihat duduk di bangku di Istiklal, sebelum meninggalkan sebuah beg berisi bahan letupan di Istanbul pada Ahad, disyaki suspek utama kejadian itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: LETUPAN DI ISTANBUL, 6 MAUT SETAKAT INI – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading