Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LETUPAN DI ISTANBUL, 6 MAUT SETAKAT INI

DUNIA

LETUPAN DI ISTANBUL, 6 MAUT SETAKAT INI

Sekurang-kurangnya enam maut sementara 81 cedera dalam kejadian letupan di Istiklal Avenue, di tengah bandar Istanbul, pada Ahad.

Sumber Gambar: AFP

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya enam maut sementara 81 cedera dalam kejadian letupan di Istiklal Avenue, di tengah bandar Istanbul, pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN – SUSPEK LETUPAN BOM DI ISTANBUL DITAHAN

Naib presiden Turkiye, Fuat Oktay yang melawat lokasi kejadian memberitahu media di Dataran Taksim Istanbul bahawa seorang penyerang wanita bertindak meletupkan bom dan tindakan itu dianggap sebagai perbuatan pengganas.

Menurut Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya, insiden itu berlaku sekitar 4.20 petang (1320 GMT) waktu tempatan, manakala polis dan pegawai kecemasan telah mengepung tempat kejadian.

Terdahulu, sejurus sebelum berlepas ke Indonesia bagi menghadiri sidang kemuncak G20 ke-17, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata serangan bom itu “berkemungkinan serangan pengganas.”

Beliau berkata negara tidak akan tunduk kepada keganasan, dan semua pelaku akan dikenal pasti.

Pemimpin dunia termasuk Pakistan, Sweden, Ukraine, Azerbaijan dan lain-lain mengutuk serangan itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada Turkiye.

Tular beberapa video berkenaan kejadian letupan yang melibatkan orang awam yang berlaku di tengah bandar Istanbul. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: SUSPEK LETUPAN BOM DI ISTANBUL DITAHAN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading