Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MAUT TERPERANGKAP DALAM KEBAKARAN

DALAM NEGARA

TIGA MAUT TERPERANGKAP DALAM KEBAKARAN

Tiga individu termasuk dua wanita ditemukan maut setelah terperangkap dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Gita di sini, malam tadi.

KUCHING: Tiga individu termasuk dua wanita ditemukan maut setelah terperangkap dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Gita di sini, malam tadi.

Mangsa yang maut ialah bekas Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Affendi @ Pandi Keli, 69, anaknya Aneeqa, 35, dan anak saudaranya Nor Hasyidah Ajis, 22.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.03 malam, dan kesemua mangsa ditemukan terperangkap di tingkat atas rumah berkenaan.

“Setibanya di tempat kejadian, bomba mendapati rumah teres dua tingkat berstruktur kekal itu terbakar 100 peratus, manakala sebuah lagi rumah turut terbakar sebahagiannya, selain empat kenderaan turut musnah.

“Ketiga-tiga mangsa dipercayai lemas selepas terperangkap dalam asap tebal,” katanya dalam kenyataan.

Jurucakap itu memaklumkan operasi mengawal serta memadam kebakaran berakhir pada jam 11 malam dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pati punca kejadian.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading