Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SYARAT VAKSINASI LENGKAP UNTUK SETIAP KEMUDAHAN SEKTOR SOSIAL, EKONOMI – KJ

DALAM NEGARA

SYARAT VAKSINASI LENGKAP UNTUK SETIAP KEMUDAHAN SEKTOR SOSIAL, EKONOMI – KJ

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini bersetuju setiap kemudahan yang diumumkan sebelum ini dilaksanakan dengan syarat vaksinasi lengkap bagi semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira keselamatan nyawa rakyat, mengukuhkan sistem kesihatan awam negara serta melancarkan pembukaan semula ekonomi.

Tambahnya, keputusan itu diambil bagi memastikan usaha kerajaan untuk memulakan proses peralihan ke fasa endemik dilakukan dengan selamat.

“Kerajaan mengumumkan PPN merupakan strategi pembukaan semula aktiviti sosial dan ekonomi negara secara selamat, serta strategi peralihan keluar secara berfasa dengan teratur dan sistematik, dari kemelut pandemik COVID-19.

“Kejayaan membawa negara keluar dari pandemik tidak hanya bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan tetapi bergantung kepada tahap pematuhan masyarakat kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” dalam kenyataannya, hari ini.

Tambah Khairy, tiga aspek utama diberikan perhatian dalam menguruskan pandemik iaitu Kesihatan dan Keselamatan Rakyat; Keseimbangan antara ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan; serta Kesejahteraan Rakyat.

Sementara itu, individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan pegawai perubatan.

Khairy turut memaklumkan perincian mengenai SOP fasa PPN akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu terdekat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading