Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERLU LENGKAP VAKSIN UNTUK ‘DINE-IN’ DI SEMUA FASA PPN – KJ

DALAM NEGARA

PERLU LENGKAP VAKSIN UNTUK ‘DINE-IN’ DI SEMUA FASA PPN – KJ

Sumber Gambar: ARKIB

KUALA LUMPUR: Syarat individu lengkap vaksin untuk ‘dine-in’ di premis makanan terpakai untuk semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan di Twitter berkata, peraturan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung kebenaran individu tidak lengkap vaksin ‘dine-in’ di premis makanan belum dikemaskini.

“Keperluan vaksinasi lengkap untuk ‘dine-in’ kekal bagi semua fasa pemulihan. Peraturan yang dikeluarkan oleh MKN tidak dikemaskini. Kenyataan rasmi akan menyusul,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan jemaah menteri bersetuju setiap kemudahan dengan syarat vaksinasi lengkap kekal di semua fasa PPN.

“MKN telah diarahkan supaya segera mengemaskini peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan yang mana ia mesti dipatuhi sepenuhnya semua pihak,” katanya.

Sebelum ini, peraturan yang dikeluarkan MKN menyatakan dalam Fasa 3 PPN semua individu dibenarkan untuk ‘dine-in’ termasuk beberapa kemudahan lain, walaupun masih belum lengkap vaksin.— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading