Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SYARIKAT KORPORAT DIALU-ALUKAN TURUN PADANG BERSAMA PPZ-MAIWP SALUR BANTUAN KEPADA ASNAF

DALAM NEGARA

SYARIKAT KORPORAT DIALU-ALUKAN TURUN PADANG BERSAMA PPZ-MAIWP SALUR BANTUAN KEPADA ASNAF

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kerjasama antara PPZ-MAIWP dengan badan korporat akan memudahkan pengagihan zakat, selain dapat meyakinkan mereka mengenai kaedah yang digunakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyerahkan barang keperluan dapur sumbangan FGV Holding kepada Hidayah Othman,50, pada Majlis Ziarah Kasih PPZ-MAIWP & FGV di dewan Komuniti Taman Wahyu 2 hari ini. Hadir sama Pengerusi FGV Holding Berhad, Tan Sri Rastam Mohd Isa ( dua kanan). –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Syarikat korporat dialu-alukan untuk terlibat bersama-sama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam program pengagihan zakat dan sumbangan kepada golongan asnaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kerjasama antara PPZ-MAIWP dengan badan korporat akan memudahkan pengagihan zakat, selain dapat meyakinkan mereka mengenai kaedah yang digunakan.

“Saya mengajak syarikat lain untuk mencontohi langkah FGV Holdings Berhad (FGV) yang bekerjasama dengan PPZ-MAIWP bagi memastikan duit zakat itu benar-benar sampai kepada penerima, itu yang paling utama,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Ziarah Kasih PPZ-MAIWP dan FGV di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Mohd Na’im mewakili PPZ-MAIWP menerima penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM3.45 juta bagi haul 2024 daripada FGV.

FGV turut menyerahkan sumbangan tunai dan barangan bernilai RM125,000 kepada 500 asnaf di sekitar Taman Wahyu 2 di sini.

Turut hadir, Pengerusi FGV Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi PPZ-MAIWP Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Fakhrunniam Othman. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading