NAIB PRESIDEN INDONESIA TIDAK HADIR SIDANG KEMUNCAK KUALA LUMPUR

JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin terpaksa membatalkan lawatan ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur kerana tidak sihat, demikian menurut sumber rasmi hari ini. “Pasukan doktor memutuskan (Naib Presiden) Ma’ruf Amin perlu berehat,” kata jurucakapnya, Masduki Baidowi kepada agensi berita Anadolu. Sebaliknya, Masduki berkata Menteri Luar, Retno Marsudi akan hadir bagi mewakili Naib Presiden dan Kerajaan Indonesia.
Read more