RUMAH MALAYSIA, PENJENAMAAN SEMULA PPR DENGAN POLISI BAHARU

JOHOR BAHRU: Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dikenali sebagai Rumah Malaysia pada projek pembinaan akan datang, dengan ciri pembaharuan iaitu penyelarasan keluasan lantai dan harga kediaman di seluruh negara. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata keluasan Rumah Malaysia yang ditetapkan adalah tidak kurang 900 kaki persegi (kps) dan mesti diduduki penyewa dalam tempoh tiga bulan selepas disiapkan.
Read more