Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“TAHUN INI FAYYAD TAK RAYA DENGAN ABI, UMI”

DALAM NEGARA

“TAHUN INI FAYYAD TAK RAYA DENGAN ABI, UMI”

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Azmi Mokhtar memaklumkan, mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira 500 meter dari rumah mangsa di kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kampung Landak Paya.

BALING: “Tahun ini Fayyad tidak beraya dengan ‘Abi Umi’, selamat hari raya Fayyad Affan,” luah ibu kepada kanak-kanak autisme yang ditemukan lemas di Sungai Kupang, di sini, petang tadi.

ARTIKEL BERKAITAN – MAYAT KANAK-KANAK AUTISME DITEMUI AHLI KELUARGA PADA PETANG 1 SYAWAL

Jasad Muhammad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4 tahun itu ditemui ahli keluarganya semasa melakukan pencarian di tepi tebing Sungai Kupang, kira-kira jam 3.15 petang.

Dalam pada itu, Nur Atiqah Yusuf, 27, dalam hantarannya di Facebook mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam usaha mencari anaknya yang hilang sejak Jumaat lepas.

“Terima kasih adik-beradik dan orang kampung ‘mai’ tolong cari tadi, Al-Fatihah untuk anak syurgaku, nanti kita akan jumpa kembali.

“Bermainlah di taman-taman syurga, ‘Umi’ sayang Fayyad, moga Fayyad tenang di alam sana yang abadi,” katanya, petang tadi.

Luahnya lagi, walaupun kejadian itu berat untuk diterima, Atiqah hanya mampu berdoa dan mengikhlaskan hatinya untuk menerima hakikat.

“Terima kasih Fayyad hadir walaupun sekejap, perasaan sayang dan cinta ‘Umi’ kepada Fayyad tidak pernah luput dalam ingatan.

“‘Umi’ halal segalanya, moga Fayyad tenang di alam di sana, amin…,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Baling, Supt Azmi Mokhtar memaklumkan, mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira 500 meter dari rumah mangsa di kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kampung Landak Paya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk tindakan lanjut, katanya.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak autisme, Muhammad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, dilaporkan hilang ketika keluar daripada rumahnya di Kuarters JPS, Kampung Landak Paya, Kupang, Jumaat lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: MAYAT KANAK-KANAK AUTISME DITEMUI AHLI KELUARGA PADA PETANG 1 SYAWAL – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading