Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAKUNGAN AIR LONGKANG PUNCA PENCEMARAN GAS AMMONIA DI KILANG SEJUK BEKU

DALAM NEGARA

TAKUNGAN AIR LONGKANG PUNCA PENCEMARAN GAS AMMONIA DI KILANG SEJUK BEKU

Pencemaran gas ammonia dilaporkan berlaku di sebuah kilang sejuk beku berhampiran kawasan perumahan di Jalan Sungai Rasau, Taman Berjaya, malam tadi.

Kredit: Bomba Selangor

SHAH ALAM: Pencemaran gas ammonia dilaporkan berlaku di sebuah kilang sejuk beku berhampiran kawasan perumahan di Jalan Sungai Rasau, Taman Berjaya di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya tiba di lokasi pada 9.44 malam selepas menerima laporan daripada orang awam mengenai bau gas di persekitaran taman perumahan kawasan terbabit. 

“Hasil pemeriksaan oleh pasukan Hazmat JBPM Selangor mendapati terdapat tangkungan air di dalam longkang yang memisahkan antara kilang sejuk beku dan kawasan perumahan.”

“Pencemaran gas ammonia dipercayai dilepaskan oleh kilang sejuk beku ekoran kerja penyelenggaraan pada saluran paip ammonia di premis tersebut dengan jarak punca pelepasan bahan kimia tersebut sampai ke takungan longkang adalah 300 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, katanya kaedah pencairan bagi meneutralkan gas ammonia tersebut telah dilakukan dengan pelepasan air daripada kilang bagi mengalirkan bahan kimia tersebut sehingga longkang besar.

“Sehingga kini keadaan masih terkawal dan tidak melibatkan mangsa,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading