Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAN SRI AZMAN MOKHTAR PENGERUSI TH YANG BAHARU

UTAMA

TAN SRI AZMAN MOKHTAR PENGERUSI TH YANG BAHARU

PUTRAJAYA: Tan Sri Azman Mokhtar telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH) berkuatkuasa 20 Disember 2021.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, sebagaimana yang tertakluk di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), Tan Sri Azman dan LTH akan bertanggungjawab untuk mentadbir segala yang berkenaan dengan urusan jemaah haji.

Kata Senator Idris, Tan Sri Azman yang juga merupakan Felo Pelawat Terhormat Pusat Pengajian Pembangunan Universiti Cambridge akan bertanggungjawab ke atas tadbir urus korporat termasuk hala tuju pembangunan strategik TH.

“Saya mengucapkan tahniah kepada YBhg. Tan Sri Azman Haji Mokhtar di atas pelantikan ini.

“Semoga Allah SWT sentiasa memandu setiap gerak kerja yang dilakukan,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading