Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR: 7 MAUT, 1 MASIH HILANG DI SELANGOR

DALAM NEGARA

BANJIR: 7 MAUT, 1 MASIH HILANG DI SELANGOR

SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan tujuh maut, manakala seorang mangsa dilaporkan masih hilang akibat banjir sejak Sabtu lalu.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, berkata berdasarkan laporan setakat jam 2.30 petang tadi, tiga ditemui lemas dan seorang mangsa dijumpai meninggal dunia di ruang atas rumah di sekitar Taman Sri Muda yang terjejas dengan bencana alam itu.

Beliau berkata, dua lagi terkorban di Dengkil, Sepang, dan seorang di Desa Coalfields, Kuala Selangor, manakala seorang mangsa dipercayai hilang di Sungai Pinang.

Sementara itu, menerusi data yang dikongsi oleh laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 88 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di sekitar Selangor yang menempatkan 13,047 daripada 4,617 keluarga setakat jam 3.43 petang, hari ini.  

Selain orang dewasa, mangsa di negeri ini turut membabitkan kanak-kanak (3,299), bayi (271), warga emas (278) dan OKU (84). –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading