Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TARIKH LIHAT ANAK BULAN RAMADAN 1446H PADA 28 FEB – MUFTI PAHANG

DALAM NEGARA

TARIKH LIHAT ANAK BULAN RAMADAN 1446H PADA 28 FEB – MUFTI PAHANG

Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim berkata, tarikh permulaan puasa dijangka 1 atau 2 Mac, namun bergantung kepada penampakan anak bulan.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan, tanda permulaan puasa umat Islam di Malaysia bagi tahun 1446H / 2025M adalah pada 28 Februari bersamaan 29 Syaaban.

Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim berkata, tarikh permulaan puasa dijangka 1 atau 2 Mac, namun bergantung kepada penampakan anak bulan.

“Bagaimanapun hanya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sahaja layak untuk mengumumkan tarikh sebenar permulaan puasa,” katanya seperti dilapor media tempatan, semalam.

Sementara itu Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Prof. Dr Mohd Roslan Mohd Nor memaklumkan penetapan tarikh berpuasa di Malaysia menggunakan kaedah rukyah dan hisab, selain memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja (MRR).

Katanya, jika anak bulan tidak kelihatan, tarik permulaan puasa boleh ditentukan untuk berpuasa.

“Jika hisab menunjukkan kemungkinan penampakan anak bulan melebihi tahap darjah penampakan sepatutnya, ia boleh diputuskan untuk berpuasa. Sekiranya hisab tidak memungkinkan penampakan anak bulan, boleh berpuasa pada hari berikutnya.

“Data rukyah atau pencerapan anak bulan akan dibincang dan dipersembah untuk persetujuan MRR. Ia tetap memerlukan perkenan MRR dan kita menggunakan kaedah ini sejak sekian lama,” katanya.

Mohd Roslan dalam pada itu menjelaskan proses rukyah perlu dihormati kerana dilakukan oleh ahli-ahli Falak di bawah Jabatan Mufti Negeri-Negeri.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) turut menerbitkan kiraan tarikh melihat anak bulan pada Ramadan 1446H iaitu pada 28 Feb, manakala 1 Ramadan dijangka bermula pada 2 Mac.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading