Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TENTERA ISRAEL REMPUH KAPAL MISI GSF, TEMBAK MERIAM AIR

DUNIA

TENTERA ISRAEL REMPUH KAPAL MISI GSF, TEMBAK MERIAM AIR

Tentera Israel merempuh sebuah kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Gaza, melepaskan tembakan meriam air ke arah konvoi itu dan bertindak kasar terhadap aktivisnya, lapor Anadolu Ajansi.

Sumber: BBC

ISTANBUL: Tentera Israel merempuh sebuah kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Gaza, melepaskan tembakan meriam air ke arah konvoi itu dan bertindak kasar terhadap aktivisnya, lapor Anadolu Ajansi.

“Tentera pendudukan Israel menggunakan keganasan terhadap kapal kami, dengan sengaja merempuh satu daripadanya, melepaskan meriam air dan mengasari secara kejam tahanan aman dari 50 negara di seluruh dunia,” kata Jawatankuasa Antarabangsa untuk Menamatkan Kepungan Gaza menerusi hantaran di X.

Penganjur flotila itu menggesa campur tangan antarabangsa dengan segera, memberi amaran bahawa “kerajaan mesti bertindak kerana rakyat di seluruh ibu kota dunia bangkit dengan kemarahan.”

Flotila itu yang sebahagian besarnya membawa muatan bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan, berlayar pada akhir Ogos lalu dan dijangka tiba di pesisir pantai Gaza pada pagi Khamis sekiranya tiada halangan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading