Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TENTERA ISRAEL SERANG GUDANG PERUBATAN DI HOSPITAL NASSER, GAZA

DUNIA

TENTERA ISRAEL SERANG GUDANG PERUBATAN DI HOSPITAL NASSER, GAZA

Kementerian Kesihatan Gaza memuat naik imej di media sosial yang menunjukkan kesan serangan tentera Israel ke atas gudang bekalan perubatan di dalam kompleks tersebut.

Tangkap layar daripada video, menunjukkan gudang penyimpanan cecair ubat-ubatan yang disasarkan Israel.

ANKARA: Tentera Israel pada pagi Isnin menyasarkan sebuah gudang yang menyimpan cecair perubatan dan bekalan di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, di tengah-tengah serangan genosid yang berterusan sejak Oktober 2023, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kementerian Kesihatan Gaza memuat naik imej di media sosial yang menunjukkan kesan serangan tentera Israel ke atas gudang bekalan perubatan di dalam kompleks tersebut.

Gambar-gambar itu menunjukkan kemusnahan besar terhadap cecair perubatan, bekalan, dan peralatan penting berikutan serangan tentera Israel.

Serangan ini berlaku sehari selepas tentera Israel mengumumkan pelancaran serangan darat di beberapa kawasan di Gaza sebagai sebahagian daripada “Operation Gideon’s Chariots,” menandakan peningkatan berbahaya dalam perang genosid yang sedang berlangsung di wilayah Palestin tersebut.

Minggu lalu, tentera Israel menyerang Kompleks Perubatan Nasser, hospital terbesar di Gaza, menyebabkan kematian dan kecederaan terhadap beberapa rakyat Palestin yang menerima rawatan di dalamnya, menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan Gaza.

Sepanjang kempen genosid di Gaza, tentera Israel secara sistematik menyasarkan hospital dan sistem penjagaan kesihatan Gaza, menyebabkan kebanyakannya tidak lagi berfungsi dan membahayakan nyawa pesakit serta mereka yang cedera, seperti yang didokumenkan oleh laporan Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tentera Israel telah melancarkan serangan ganas terhadap Gaza sejak Oktober 2023, mengakibatkan lebih 53,300 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading