Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAJI 1446H: SEORANG LAGI JEMAAH MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH

DALAM NEGARA

HAJI 1446H: SEORANG LAGI JEMAAH MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH

Setakat yang dilaporkan, jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci bagi musim 1446 Hijrah adalah seramai dua orang.

Gambar FAIL (BERNAMA)

MAKKAH: Seorang lagi jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Hospital Jiwar, Jabal Omar, di sini pada pagi tadi akibat serangan jantung.

Setakat yang dilaporkan, jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci bagi musim 1446 Hijrah adalah seramai dua orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Allahyarham Abdullah Mat yang berasal dari Kelantan menghembuskan nafas terakhir pada usia 59 tahun.

“Allahyarham merupakan jemaah dari Maktab 89A yang menginap di Abraj al-Janadriyah dan ditemani isterinya, Puan Sarifah Hassan, sepanjang perjalanan haji.

“Pihak Tabung Haji akan menguruskan pelaksanaan badal haji untuk Allahyarham dan urusan-urusan berkaitan lain akan disempurnakan dengan sebaiknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Na’im menitipkan ucapan takziah serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Pada 16 Mei lepas, seorang jemaah haji wanita Malaysia, Norizah Tambonan Nordin, 47, dari Batu Pahat, Johor meninggal dunia pada 16 Mei 2025 akibat serangan jantung.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading