TH: Hibah 2018 pada kadar 1.25%

Mujahid mempengerusikan Majlis Taklimat Prestasi Lembaga Tabung Haji dan Pengumuman Hibah bagi tahun 2018 sebentar tadi. – FOTO: ZAHID IZANI

PUTRAJAYA, 5 April – Penantian 9.3 juta pendeposit Tabung Haji (TH) berakhir apabila Lembaga Tabung Haji mengumumkan agihan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus, kepada semua pendeposit.

Kadar jumlah tersebut bagaimanapun lebih rendah berbanding tahun 2017, iaitu 6.25 peratus.

Agihan hibah yang membabitkan jumlah sebanyak RM913 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan Majlis Taklimat Prestasi Lembaga Tabung Haji dan Pengumuman Hibah bagi tahun 2018 sebentar tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri, Fuziah Salleh dan Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Md Nor Yusof serta Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat.

Mengikut rekod TH, 2012 merupakan tahun tertinggi pemberian hibah TH iaitu 6.5 peratus disusuli 2014 (6.25 peratus dan penambahan 2 peratus hibah haji); 2013 (6 peratus dan penambahan 2 peratus hibah haji); 2015 (5 peratus dan penambahan 3 peratus hibah haji); 2016 (4.25 peratus dan penambahan 1.5 peratus hibah haji) dan 2017 (4.5 peratus dan penambahan 1.75 peratus hibah haji). – Sinar Harian

Leave a Reply