Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TH SAMBUT BAIK PENGUMUMAN ARAB SAUDI TARIK BALIK SEKATAN COVID-19

UTAMA

TH SAMBUT BAIK PENGUMUMAN ARAB SAUDI TARIK BALIK SEKATAN COVID-19

Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik pengumuman kerajaan Arab Saudi yang menarik balik beberapa sekatan COVID-19 di negara itu.

Antara sekatan yang telah ditarik ialah penjarakan fizikal, ujian antigen pantas dan kuarantin wajib ke negara tersebut.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik pengumuman kerajaan Arab Saudi yang menarik balik beberapa sekatan COVID-19 di negara itu.

Antara sekatan yang telah ditarik ialah penjarakan fizikal, ujian antigen pantas dan kuarantin wajib ke negara tersebut.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin, keputusan yang dibuat itu susulan situasi COVID-19 yang bertambah baik di Arab Saudi.

“Bagaimanapun, rakyat dan pelancong luar masih perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup.

“TH yakin Kerajaan Arab Saudi telah meneliti pelbagai aspek bagi memastikan keselamatan penduduk serta jemaah umrah dan haji terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan COVID-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu, penyerahan sijil vaksinasi COVID-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.

Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading