TIADA KESAN LEBAM, DERA PADA TUBUH ZARA QAIRINA – DOKTOR
Seorang pegawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE) memberitahu Mahkamah Koroner bahawa tiada kesan lebam atau tanda penderaan ditemukan pada tubuh Allahyarham Zara Qairina Mahathir semasa menerima remaja itu untuk pemeriksaan pada 16 Julai lepas.
KOTA KINABALU: Seorang pegawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE) memberitahu Mahkamah Koroner bahawa tiada kesan lebam atau tanda penderaan ditemukan pada tubuh Allahyarham Zara Qairina Mahathir semasa menerima remaja itu untuk pemeriksaan pada 16 Julai lepas.
Dr Janefer Voo, 32, berkata pelajar tingkatan satu itu dibawa ke jabatan kecemasan oleh penolong pegawai perubatan bersama pasukan ambulans dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun mekanisme kecederaan tidak diketahui pada ketika itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati, tiada sebarang kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh pesakit. Hasil pemeriksaan juga menunjukkan pelajar itu disyaki mengalami kecederaan otak yang serius selain disyaki mengalami pendarahan dalaman.
“Disebabkan tekanan darah mangsa terlalu rendah, remaja itu disyaki mengalami kecederaan dalaman “due to high impact” pada badan yang menyebabkan pendarahan dalam badan,” kata saksi ketiga itu ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari keempat prosiding inkues kematian remaja itu.
Beliau berkata amaran trauma diaktifkan pada 4.42 pagi bagi membolehkan rujukan segera dibuat kepada pasukan Jabatan Neurosurgeri, Ortopedik, Pembedahan dan Anestesiologi, sementara prosedur resusitasi dilakukan terhadap mangsa.
Ketika disoal pegawai pengendali kes, Timbalan Ketua Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad, mengenai ‘rate of survival’ mangsa ketika dibawa ke jabatan kecemasan, Dr Voo berkata beliau tidak pasti mengenai perkara berkenaan ketika itu namun, mengikut penilaian awal hanya tahu mangsa dalam keadaan sangat kritikal.
Dr Voo juga berkata hasil ujian darah pesakit mendapati, keputusan yang tidak normal seperti darah putih tinggi, garam potassium (kalium)dalam julat sederhana rendah dan ia boleh disebabkan tindakan fisiolgi badan yang stress (tertekan) disebabkan oleh trauma.
“Hasil dapatan X-ray mendapati, pesakit mengalami closed fracture (fraktur tertutup), hujung tulang radius tangan kri, closed fractured hujung tulang tibia dan buku lali kaki kanan. Open fracture (fraktur terbuka) di hujung tulang tibia, buku lali dan tumit kaki kiri. Tulang belakang lumbar 2, 3 dan 4 juga patah,” kata beliau.
Tambah Dr Voo, selain beliau, beberapa petugas lain termasuk paramedik dan pegawai atasannya bernama Dr Rahim dan juga doktor-doktor lain daripada pasukan trauma terlibat dalam rawatan awal.
Ketika disoal peguam keluarga Zara Qairina, Rizwandean M Borhan, saksi itu berkata pihaknya tidak menghubungi pihak polis ketika pesakit dibawa ke jabatan kecemasan kerana mangsa berada dalam keadaan kritikal dan keutamaan diberikan untuk menstabilkan pesakit dahulu.
“Saya tidak nampak pegawai polis mahupun ibu mangsa di jabatan kecemasan pada hari kejadian,” kata beliau.
Prosiding siasatan di hadapan Koroner Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan bersambung selepas rehat tengah hari.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai. Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Pejabat Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis.
Pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager