Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA KOMPROMI KEPADA MADRASAH JALANKAN PENDERAAN KEPADA PENGHUNI

DALAM NEGARA

TIADA KOMPROMI KEPADA MADRASAH JALANKAN PENDERAAN KEPADA PENGHUNI

BUKIT GANTANG: Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana madrasah di negara ini yang didapati menjalankan penderaan ala militan kepada penghuninya, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.

Gambar Fail. — Bernama

Beliau berkata tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya melibatkan pelanggaran undang-undang, supaya memberi pengajaran kepada orang lain kerana merosakan imej agama Islam.

“Kita harap orang ramai membuat laporan kepada pihak berkuasa agama negeri, sekiranya mempunyai maklumat untuk diambil tindakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Naik Taraf Surau Al Faizin dan Tazkirah Maulidur Rasul 1444H/2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri di Changkat Jering di sini hari ini.

“Imej sekolah agama perlu dilakukan selari dengan ajaran agama kita dan kita tidak mahu satu kes yang berlaku, kerana banyak sekolah lain yang menyumbang pembangunan insan yang baik. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya. – AlHijrah Online

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading