Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA PIHAK KETIGA TAWAR BANTUAN DANA RAYUAN HAJI – TH

DALAM NEGARA

TIADA PIHAK KETIGA TAWAR BANTUAN DANA RAYUAN HAJI – TH

Tabung Haji (TH) tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan bantuan dana bagi permohonan rayuan Haji bagi 1444H/ 2023M menerusi panggilan atau pesanan ringkas.

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan bantuan dana bagi permohonan rayuan Haji bagi 1444H/ 2023M menerusi panggilan atau pesanan ringkas.

Menerusi hantaran di Facebook TH, pendeposit TH dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali.

“Hati-hati dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor Akaun TH,” katanya.

Pengguna boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919 untuk sebarang aduan dan pertanyaan lanjut.

Sementara itu, TH memaklumkan rayuan Haji bagi 1444H/ 2023M masih belum dibuka dan tarikh rayuan belum lagi ditetapkan setakat ini.

Namun orang ramai disarankan untuk membuat semakan dengan TH dari semasa ke semasa.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading