TIGA ANGGOTA TENTERA MAUT DI GURUN DARI KEM PENGKALAN HULU
Dalam nahas pada kira-kira 10.30 pagi itu, kesemua mangsa yang berpangkat Sarjan, Lans Koperal dan Koperal berumur 30, 39 dan 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta badan.
ALOR SETAR: Tiga anggota tentera yang maut dalam nahas di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gurun hari ini adalah dari Batalion 3 Rejimen Sempadan Kem Pengkalan Hulu di Perak.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata dalam nahas pada kira-kira 10.30 pagi itu, kesemua mangsa yang berpangkat Sarjan, Lans Koperal dan Koperal berumur 30, 39 dan 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta badan.
Beliau berkata nahas itu membabitkan tiga lori tentera serta sebuah lori awam dan siasatan awal mendapati kesemua lori sedang bergerak dari arah selatan menghala ke utara.
“Tiga lori tentera itu bergerak dari Kem Pengkalan Hulu ke Kem 30 Bridged Perlis manakala lori awam yang dipandu lelaki berusia 31 tahun itu dari arah Kulim ke Alor Setar.
“Punca kemalangan dipercayai berlaku apabila tiga lori tentera itu berhenti di lorong kecemasan kerana satu daripadanya mengalami kerosakan. Secara tiba-tiba, lori awam datang dari arah belakang lorong kiri dan melanggar lori yang rosak yang berada paling belakang,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Zaidy berkata akibat pelanggaran itu, lori awam berpusing ke kiri serta melanggar bahagian belakang sebuah lagi lori tentera yang berada di bahagian tengah dan lori terbabit menggelongsor ke depan sebelum melanggar bahagian belakang trak tentera yang berada paling hadapan.
“Dipercayai ketiga-tiga anggota tentera berada di sebelah sisi lori tentera paling belakang. Akibat kemalangan itu, kesemua anggota maut di tempat kejadian manakala pemandu lori awam yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini,” katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai disebabkan oleh lori awam yang hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang trak tentera.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager