KEGANASAN ISRAEL DI TEBING BARAT BAKAL CETUS PERGOLAKAN SERANTAU – RAJA JORDAN
Raja Jordan Raja Abdullah II memberi amaran mengenai potensi pergolakan di rantau Asia Barat akibat “keganasan Israel” di Tebing Barat dan Baitulmaqdis selain menekankan keperluan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
AMMAN: Raja Jordan Raja Abdullah II memberi amaran mengenai potensi pergolakan di rantau Asia Barat akibat “keganasan Israel” di Tebing Barat dan Baitulmaqdis selain menekankan keperluan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Amaran itu disampaikan Raja Abdullah II semasa baginda dihubungi Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Khamis, menurut kenyataan Mahkamah Hashemite Diraja Jordan, lapor Agensi Anadolu.
Kenyataan itu menyatakan bahawa Raja Abdullah menekankan “keperluan gencatan senjata segera di Gaza dan perlindungan terhadap orang awam yang tidak bersenjata.”
Raja Jordan juga menegaskan keperluan untuk meningkatkan usaha-usaha untuk menjamin penghantaran bantuan kemanusiaan dan bantuan yang mencukupi dan mampan ke Gaza, serta menzahirkan penghargaan baginda terhadap usaha Kanada dalam menyampaikan bantuan ke wilayah terkepung itu.
Selain itu, Raja Abdullah mengesahkan semula peranan penting UNRWA dalam menyediakan bantuan kepada lebih 2 juta penduduk Palestin di Gaza, yang memerlukan sokongan yang berterusan bagi membolehkan agensi berkenaan terus menyediakan perkhidmatan penting mengikut mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Baginda menekankan kepentingan mewujudkan rangka kerja politik bagi isu Palestin bagi mencapai keamanan yang adil dan menyeluruh melalui penyelesaian dua negara. Baginda menegaskan bahawa kestabilan serantau adalah mustahil tanpa menyelesaikan konflik Palestin-Israel.
Sehingga 30 Jan, sebanyak 18 negara dan Kesatuan Eropah memutuskan untuk menangguhkan pembiayaan mereka kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin atau UNRWA, berhubung dakwaan Israel bahawa 12 kakitangan UNRWA terlibat dalam konflik antara Israel-Hamas.
Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, membunuh sekurang-kurangnya 27,019 rakyat Palestin manakala 66,139 lagi cedera. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests