KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028 susulan keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.
Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya membuat keputusan itu dalam mesyuarat ke-61 pada 29 Jan lepas.
Kenyataan yang dikeluarkan Urusetia Lembaga Pengampunan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri hari ini memaklumkan, denda yang perlu dibayar Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
“Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun, dengan tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.
Kenyataan itu juga memaklumkan lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan itu yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa lepas.
Najib, 70, yang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Sept 2022.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas masing-masing tiga pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.
Najib gagal mengetepikan sabitan dan hukuman itu selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 menolak rayuan akhir beliau dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara berkuat kuasa pada hari sama.
Sebelum itu, Najib memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan, dan mahkamah itu pada 8 Dis 2021 menolak rayuannya, mengekalkan sabitan dan hukuman penjara berkenaan. Pada 6 Sept 2022 pula bekas Menteri Kewangan itu memfailkan permohonan bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya.
Pada 31 Mac 2023, Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya itu dan jalan akhir untuk beliau dibebaskan adalah menerusi pengampunan Yang di-Pertuan Agong.
Ketika ini Najib sedang dibicarakan bagi kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dan pihak pendakwaan telah memanggil 49 saksi.
Bekas ahli Parlimen Pekan itu juga berdepan enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan kes itu ditetapkan untuk perbicaraan pada Jun 2024 di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.
Beliau juga menghadapi tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta di Mahkamah Tinggi di sini dan kes itu masih belum dibicarakan.
Hakim K.Muniandy pada 19 Jan lepas berkata sekiranya pihak pendakwaan tidak dapat meneruskan kes pada 17 Sept ini, pihak pembelaan bebas untuk memohon perintah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atau dibebas dan dilepaskan (DAA) berikutan representasi dikemukakan Najib. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager