Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SARJAN POLIS DIREMAN KALI KEDUA, BANTU SIASATAN SATU LAGI KES ROGOL

DALAM NEGARA

SARJAN POLIS DIREMAN KALI KEDUA, BANTU SIASATAN SATU LAGI KES ROGOL

Anggota polis berpangkat sarjan yang ditahan sebelum ini kerana disyaki terlibat dalam kes rogol seorang pelajar tingkatan empat tahun lepas, direman sekali lagi hari ini bagi membantu siasatan kes rogol mangsa yang lain.

Keratan akhbar 25 Januari lalu.

BATU GAJAH: Anggota polis berpangkat sarjan yang ditahan sebelum ini kerana disyaki terlibat dalam kes rogol seorang pelajar tingkatan empat tahun lepas, direman sekali lagi hari ini bagi membantu siasatan kes rogol mangsa yang lain.

Hakim Juraidah Abbas membenarkan reman sehari setelah permohonan itu dibuat di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Suspek berumur 42 tahun itu tiba di mahkamah kira-kira 8.30 pagi tadi, menaiki van polis dan meninggalkan mahkamah lingkungan pukul 10 pagi dengan kenderaan sama. 

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri sebelum ini mengesahkan suspek ditahan pada 28 Jan dan direman hingga 30 Jan lepas, sebelum disambung sehari lagi sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan ditahan semula semalam untuk membantu siasatan satu lagi laporan kes rogol. 

Rabu lepas, media melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mendakwa dirogol seorang pegawai rendah polis berpangkat sarjan dalam kejadian berasingan pada Julai dan Oktober tahun lepas.

Pelajar itu mendakwa dirogol di dalam sebuah kereta di dua lokasi berasingan di hadapan balai polis dan di kawasan tempat letak kereta sebuah pasar raya dalam daerah Perak Tengah. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading