Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KETUA PBB RAYU BANTUAN KEMANUSIAAN DITINGKATKAN KE GAZA

DUNIA

KETUA PBB RAYU BANTUAN KEMANUSIAAN DITINGKATKAN KE GAZA

“Saya menyeru agar akses kemanusiaan diaper cepat, selamat, tanpa halangan, diperluas dan berterusan di seluruh Gaza.

Antonio Guterres (AFP)

ANKARA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres menyeru agar peningkatan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza disegerakan akibat masalah kebuluran, hilang tempat tinggal dan keruntuhan sistem kemanusiaan.

“Saya menyeru agar akses kemanusiaan diaper cepat, selamat, tanpa halangan, diperluas dan berterusan di seluruh Gaza.

“Rakyat di Gaza kelaparan. Seramai 1.7 juta orang telah hilang tempat tinggal. Sistem kemanusiaan semakin runtuh,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Guterres di platform X pada Khamis.

Israel telah melancarkan serangan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu hingga mengorbankan lebih 27,000 rakyat Palestin manakala lebih 66,000 cedera.

Serangan terbabit juga menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu telah rosak atau musnah, menurut PBB. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading