Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA LAGI SUSPEK AMUK DI MAAHAD TAHFIZ DITAHAN

DALAM NEGARA

TIGA LAGI SUSPEK AMUK DI MAAHAD TAHFIZ DITAHAN

KUALA LIPIS: Tiga lagi suspek yang terlibat dalam kejadian menyerang seorang guru dan pelajar di sebuah maahad tahfiz di Kuala Lipis, Pahang berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, dua suspek ditahan di Kuala Terengganu pada 2 pagi tadi manakala seorang lagi di Jerantut pada jam 8 pagi tadi.

“Siasatan mendapati mereka bertiga positif dadah dan turut mempunyai rekod jenayah lampau dan dadah,” katanya hari ini.

Azli berkata kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu katanya pusat tahfiz tersebut telah ditutup sementara dan kesemua 30 pelajar termasuk pengajar pusat tahfiz berkenaan juga telah pulang ke rumah masing-masing.

Semalam tular video sekumpulan lelaki menyerang seorang penjaga dan seorang pelajar di Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Kuala Lipis.

Susulan kejadian lima suspek diburu polis dengan dua ditahan semalam dan tiga lagi tahan hari ini.

Motif kejadian dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar tahfiz berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz tersebut. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading