Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT DIPERCAYAI MANGSA TRAGEDI BOT KARAM DITEMUKAN

UTAMA

MAYAT DIPERCAYAI MANGSA TRAGEDI BOT KARAM DITEMUKAN

KUALA TERENGGANU: Satu lagi mayat dipercayai seorang daripada dua mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot nelayan karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli. foto/BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Satu lagi mayat dipercayai seorang daripada dua mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot nelayan karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata pihaknya menjumpai mayat yang belum dikenal pasti identiti itu pada kedudukan 9.4 batu nautika utara Pulau Redang pada 12.30 tengah hari tadi.

Beliau berkata pada 11 pagi, APMM menerima laporan daripada nelayan tempatan yang menemukan objek terapung. 

“Aset maritim Kapal Maritim Bagahak yang sedang beroperasi diaturgerakkan ke lokasi aduan tersebut. Mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Maritim Negeri Terengganu sebelum proses pengecaman dan bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Suffi dalam kenyataan semalam memaklumkan operasi mencari dan menyelamat dua lagi nelayan tempatan yang hilang iaitu Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, dan Ahmad Zamri Ishak, 66, ditamatkan pada 7 malam susulan tiada lagi petunjuk baharu diperoleh.

Dalam kejadian pada 10 malam Isnin itu, bot nelayan dinaiki enam lelaki karam setelah dilanda ribut di kedudukan lebih kurang 10 batu nautika dari Pulau Redang.

Seorang mangsa Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, terselamat, manakala tiga lagi mangsa iaitu Saludin Ismail, 50, Ahmad Nazri Ishak, 48, dan Zulkifli Umar, 48, ditemukan lemas di lokasi berbeza kira-kira 1.7 hingga 1.9 batu nautika dari Pulau Redang pada Rabu lepas. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading