Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TV ALHIJRAH HIDUPKAN SUBUH DENGAN ‘ASSALAMUALAIKUM SUBUH’

DALAM NEGARA

TV ALHIJRAH HIDUPKAN SUBUH DENGAN ‘ASSALAMUALAIKUM SUBUH’

Selain mengetengahkan kekuatan dan keajaiban sedekah Subuh serta fadhilatnya, Assalamualaikum Subuh juga diharap dapat melahirkan lebih ramai ‘Pejuang Subuh’ yang konsisten bagi mencapai kemenangan hakiki di dunia dan akhirat.

KUALA LUMPUR: TV AlHijrah terus menggalas tanggungjawab dalam menyebarkan dakwah dengan menghidupkan ibadah pada waktu Subuh menerusi program Assalamualaikum Subuh.

Selain mengetengahkan kekuatan dan keajaiban sedekah Subuh serta fadhilatnya, Assalamualaikum Subuh juga diharap dapat melahirkan lebih ramai ‘Pejuang Subuh’ yang konsisten bagi mencapai kemenangan hakiki di dunia dan akhirat.

Antara kandungan dalam Assalamualaikum Subuh adalah tazkirah yang berkaitan dengan amalan pada waktu Subuh dan kisah-kisah sirah Nabi yang akan dikongsikan para asatizah.

Siaran langsung Assalamualaikum Subuh bakal menemui penonton bermula 15 Ogos 2022 bersamaan 17 Muharam 1444H pada 6.30 pagi hingga 7 pagi pada setiap hari.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Anonymous

    17 September 2024 at 10:29 PM

    TV al hijarah ni macam madu dalam lubang pungkoq kerajaan. Dan aku bukannya barua madu dalam lubang pungkoq

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading