Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MAUT, MOTOSIKAL BERTEMBUNG PACUAN EMPAT RODA

DALAM NEGARA

TIGA MAUT, MOTOSIKAL BERTEMBUNG PACUAN EMPAT RODA

Seorang penunggang motosikal serta dua pemboncengnya maut di tempat kejadian apabila motosikal dinaiki terlibat dalam nahas jalan raya setelah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Embuau Song, Kapit.

Gambar hiasan

SIBU: Seorang penunggang motosikal serta dua pemboncengnya maut di tempat kejadian apabila motosikal dinaiki terlibat dalam nahas jalan raya setelah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Embuau Song, Kapit petang semalam. 

Menurut kenyataan Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak hari ini, ketiga-tiga mangsa maut iaitu Joshua Richard, 38, Jimbai Ujam, 57, dan Sempun Lau, 51 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kenyataan itu memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 5.38 petang dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song telah digerakkan ke lokasi.

Sementara itu, jurucakap BBP Song ketika dihubungi berkata berdasarkan maklumat diperoleh, mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Pekan Song menuju ke arah Kapit bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading