Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TOKOH QARI MALAYSIA, DATUK ABDUL HAK MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

TOKOH QARI MALAYSIA, DATUK ABDUL HAK MENINGGAL DUNIA

Tokoh Qari Malaysia yang juga Johan Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa, Datuk Abdul Hak @ Abd Ghani bin Abdullah, 81, meninggal dunia pada 9.45 malam tadi.

KUALA LUMPUR: Tokoh Qari Malaysia yang juga Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, Datuk Abdul Hak @ Abd Ghani bin Abdullah, 81, meninggal dunia pada 9.45 malam tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan anaknya, Azraie Abdul Hak yang juga merupakan Qari Malaysia melalui sebuah hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN – TOKOH QARI MALAYSIA, DATUK ABDUL HAK MENINGGAL DUNIA

“Ayahanda kami Datuk Haji Abdul Hak @ Abdul Ghani Bin Abdullah telah pergi menghadap Ilahi jam 9.45 malam sebentar tadi, pada Ahad 30/4/2023.

“Jenazah akan dikebumikan pada jam 11 pagi (Isnin 1 Mei) di Tanah Perkuburan Islam Kg Batu Hampar Kanan, Pendang,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Dalam hantaran di Facebooknya, Na’im menyifatkan Allahyarham Datuk Abdul Hak sebagai seorang tokoh ilmu taranum Al-Quran yang amat dihormati.

“Keluarga Almarhum sentiasa menjadi contoh sebagai keluarga yang menghidupkan Al-Quran. Almarhum telah membimbing serta mendidik para qari dan qariah di negara kita.

“Jasa Almarhum begitu besar khususnya pembangunan ilmu taranum Al Quran,” katanya.

Sabtu lalu, Na’im sempat menziarahi Allahyarham Datuk Abdul Hak di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading