Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TOL PERCUMA SABTU, AHAD INI SEMPENA DEEPAVALI

DALAM NEGARA

TOL PERCUMA SABTU, AHAD INI SEMPENA DEEPAVALI

Pelaksanaan pemberian tol percuma itu bermula pada Sabtu 11 Nov 2023 jam 12.01 tengah malam sehingga Ahad 12 Nov 2023 jam 11.59 malam.

Gambar ARKIB.

KUALA LUMPUR: Pemberian tol percuma bersempena sambutan Deepavali, kepada pengguna lebuh raya bermula Sabtu hingga Ahad.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan pemberian tol percuma itu bermula pada Sabtu 11 Nov 2023 jam 12.01 tengah malam sehingga Ahad 12 Nov 2023 jam 11.59 malam.

Bagaimanapun pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.

“Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexander berkata, pemilihan tarikh itu bertujuan bagi mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar serta dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan seperti pengurusan kawalan trafik, sumber air tambahan, penyediaan tandas serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di kawasan hentian sebelah (Lay By) dan kawasan Rehat & Rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

“Anggaran jumlah trafik dalam masa dua
hari tersebut adalah sebanyak 11.8 juta kenderaan. Dengan pelaksanaan tol percuma ini, diharapkan agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini selain merancang perjalanan dengan sebaiknya.

“Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan. Aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipatuhi supaya semua pengguna lebuh raya dapat tiba ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Deepavali ini akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading