Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS DIHANYUTKAN BANJIR KILAT DITEMUKAN LEMAS

DALAM NEGARA

WARGA EMAS DIHANYUTKAN BANJIR KILAT DITEMUKAN LEMAS

Mangsa yang dikenali sebagai Silas Sudai, 63, dijumpai petugas yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan jalan raya di kawasan tebingan berbatu di antara Kuala Sungai Sepakoi dan Sungai Long Tengoa pada pukul 7 pagi.

LAWAS: Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan arus deras banjir di Jalan Sungai Sepakoi malam tadi ditemukan mati lemas, awal hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Silas Sudai, 63, dijumpai petugas yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan jalan raya di kawasan tebingan berbatu di antara Kuala Sungai Sepakoi dan Sungai Long Tengoa pada pukul 7 pagi.

“Mangsa dijumpai tiga kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat sebelum dihanyutkan arus deras,” kata jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Lawas yang dimaklumkan kejadian itu telah bergegas ke lokasi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis pada kira-kira 10.10 pagi untuk tindakan lanjut.

Mangsa dilaporkan hilang oleh rakannya sekitar 11.30 malam tadi, ketika dipercayai cuba memeriksa paras air banjir yang menenggelamkan jalan menghubungkan Lawas ke Long Sukong. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading