Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TPM: MALAYSIA TUNGGU LAPORAN TELITI MESIR

DALAM NEGARA

TPM: MALAYSIA TUNGGU LAPORAN TELITI MESIR

Ikhwanul Muslimin mendakwa kematian Morsi adalah ‘satu pembunuhan’. – Foto Google

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Malaysia akan menunggu laporan teliti daripada Mesir mengenai punca kematian mantan Presiden negara itu Mohamed Morsi.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia menerima kenyataan Pendakwa Raya Mesir, bagaimanapun bimbang dengan pelbagai laporan mengenai layanan yang diterima Morsi sebelum kematiannya.

Dr Wan Azizah turut mengambil maklum bahawa semasa pemerintahannya sebagai Presiden, Morsi telah menunjukkan keberanian dan ketabahan moral dalam cubaannya hendak membawa Mesir keluar daripada pemerintahan kuku besi yang telah berlangsung selama beberapa dekad dan mewujudkan demokrasi sebenar di sana.

Tambah beliau, kematian Morsi merupakan satu kehilangan besar.

Menurut media asing, Ikhwanul Muslimin mendakwa kematian beliau adalah ‘satu pembunuhan’.

Morsi, 67, meninggal dunia pada Isnin ketika menghadapi perbicaraan atas tuduhan ‘mengintip’ dan beliau telah meminta untuk bercakap sebelum rebah pengsan dan meninggal dunia kemudian.

Dalam kenyataan Pendakwa Raya Mesir, Nabil Sadek menyebutkan Morsi telah meninggal dunia setibanya di hospital dan tiada kesan kecederaan pada tubuhnya.

Morsi menghadapi beberapa pertuduhan sejak beliau disingkirkan dan dipenjarakan ekoran rampasan kuasa tentera pada 2013 yang dipimpin presiden sekarang Abdel-Fattah al-Sisi.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading