Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TROLL MEDIA SOSIAL PUNCA RAMAI TIDAK AMBIL DOS PENGGALAK

DALAM NEGARA

TROLL MEDIA SOSIAL PUNCA RAMAI TIDAK AMBIL DOS PENGGALAK

MANJUNG: Tindakan membuat troll atau menyindir serta mempersenda pengambilan vaksinasi dos penggalak COVID-19 dipercayai menjadi punca ramai yang tidak mahu mengambil suntikan tersebut termasuk di Perak.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, akibat perbuatan tidak bertanggungjawab dalam media sosial itu, pengambilan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 di negeri itu masih rendah.

“Ramai yang terlibat dalam troll dengan mendakwa dos penggalak ini merosakkan kesihatan. Mereka buat main-main sedangkan dos itu diberikan berdasarkan kajian demi kajian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memutuskan rantaian COVID-19. Tetapi, ada satu pihak lagi troll pula usaha kerajaan ini (dengan niat) supaya seramai mungkin tidak ambil dos penggalak.

“Jadi, kita harap pihak terlibat menghentikan tindakan mereka ini supaya usaha kerajaan menghentikan jangkitan Covid-19 dapat dilakukan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Operasi Tahun Baharu Cina 2022 (Op Hu – Harimau) Jabatan Kesihatan Perak di Pasaraya TF di Manjung, hari ini.

Menurut Mohd Akmal, sehingga 26 Januari, hanya 42 peratus atau kira-kira 711,000 individu dewasa di Perak yang telah mengambil dos penggalak.

Katanya, tindakan segelintir individu yang menyampaikan maklumat tidak tepat mengenai dos penggalak antara faktor masyarakat menjadi takut mendapatkan dos itu.

Sementara itu, ujar Mohd Akmal, sebanyak 197 kes positif covid-19 dicatatkan daripada kluster pendidikan di Perak. Katanya, empat sekolah berasrama di Ipoh dan Taiping serta dua institusi bukan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri di Perak Tengah dan Bagan Datuk direkodkan mempunyai kes covid-19. – AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading