Agak menghairankan juga apabila Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur melahirkan rasa kurang puas hati terhadap kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyentuh pentadbiran Presiden Donald Trump.
Ia merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir pada sidang akhbar selepas perasmian Persidangan Ketiga Liga Parlimen Al Quds di Kuala Lumpur yang berlangsung beberapa hari lalu.
Ulasan Dr Mahathir dikatakan menyinggung dan menurut pejabat kedutaan AS lagi, tidak melambangkan hubungan baik di antara AS dan Malaysia berkaitan dengan pelan damai Palestin dan Israel yang direncanakan oleh Washington.
Tidak perlu diperdebatkan merit pelan damai itu yang diolah dengan hanya mengambil kira pandangan sebelah pihak sahaja iaitu Israel sambil tidak mengendahkan hak Palestin. Sebab itu juga hampir 40 peratus Tebing Barat yang kini adalah penempatan haram Yahudi, Baitulmaqdis dan Bukit Golan akan menjadi milik Israel, ihsan dari pelan damai Trump itu.
Malah tanah air Palestin yang terdiri dari Semenanjung Gaza dan Tebing Barat terpisah secara fizikal di antara satu sama lain seperti yang wujud ketika ini.
Kemungkinan jua apabila Dr Mahathir menyarankan supaya Trump meletak jawatan presiden kerana mengamalkan sikap tidak adil yang begitu melampau dianggap oleh pejabat kedutaan sebagai tidak diplomatik, lebih-lebih lagi saranan itu datang dari negara kecil seperti Malaysia.
Tetapi bukan satu perkara yang pelik dan asing apabila pemimpin dunia mempersendakan Trump kerana Presiden AS itu walaupun amat berkuasa dan berpengaruh, tindak tanduknya jarang mengikut norma protokol diplomasi antarabangsa.
Sebab itu secara terbuka atau di sebalik tabir, tidak menghairankan jika pandangan pemimpin lain terhadap Trump adalah agak mengejutkan dan kadang kala menjengkelkan.
Umpamanya perbualan yang ditangkap dengar dalam kalangan beberapa pemimpin dunia yang mempersendakan Trump ketika menghadiri Persidangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di London pada Disember lalu adalah contoh nyata.
Begitu jelas perbualan di antara Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, Boris Johnson dari United Kingdom, Mark Rutte dari Belanda dan Presiden Emmanuel Macron dari Perancis telah mempersendakan Trump.
Tidak pula Jabatan Negara AS atau pejabat kedutaan mereka mengeluarkan nota bantahan terhadap tiga perdana menteri dan presiden negara asing ini kerana mengeluarkan kata-kata tidak diplomatik.
Memang benar banyak pemimpin dunia lain yang menghamburkan kata-kata kurang diplomatik terhadap Trump, tetapi kebanyakan pemimpin itu dianggap seteru AS.
Pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un umpamanya sering menggelar Trump dengan pelbagai panggilan tidak senonoh seperti melabelkan Trump seorang yang tidak siuman. Begitu jua dengan Presiden Hassan Rouhani dari Iran atau Presiden Venezuela Nicolas Maduro sering melemperkan kata-kata kurang manis terhadap Trump.
Tidak menghairankan perkataan kurang enak keluar dari Jong-un, Rouhani atau Maduro kerana Trump sering campur tangan dalam hal ehwal ketiga-tiga negara tersebut. Tetapi agak janggal apabila pemimpin negara sekutu kuat AS mempersendakan Trump secara terbuka.
Tiada bantahan dari pejabat kedutaan AS ke atas sekutu mereka cuma Trump pulang lebih awal dari yang dijadualkan kerana kurang puas hati dengan keempat-empat pemimpin sekutu yang telah mempersendakan beliau.
Sebab itu tidak ada apa yang hendak dimusykilkan atau merasa marah dan kecewa seperti digambarkan oleh bantahan pejabat kedutaan AS di Kuala Lumpur kerana secara tersurat atau tersirat, begitu ramai pemimpin dunia lain telah menzahirkan sesuatu yang lebih hebat dari apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir terhadap Trump.
Kabel diplomatik adalah laporan sulit yang disalurkan oleh setiap pejabat kedutaan diseluruh dunia kepada negara masing-masing demi memberi laporan mengenai negara di mana kedutaan tersebut berada.
Kandungan kabel diplomatik pejabat kedutaan UK di Washington yang mengandungi hemat dutanya, Kim Darroch mengenai Trump adalah manifestasi sebalik tabir pandangan dunia diplomatik terhadap Trump sebagai Presiden AS.
Dalam laporan yang telah dibocorkan media British, Darroch menggambarkan Trump sebagai seorang pemimpin yang ‘lembab, kurang keyakinan dan tidak cekap’ dan era pentadbiran Trump akan berakhir dalam keadaan yang mengaibkan, menurut kabel diplomatik yang direncanakan Darroch itu.
Jika diambil kira pandangan pelbagai warna terhadap Trump, maka sudah pasti kenyataan Dr Mahathir itu tidaklah sehingga ke tahap memaksa Pejabat Kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk mengeluarkan kenyataan bantahan sedemikian rupa. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager