Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUJUH LAPORAN POLIS TERHADAP HANNAH YEOH DITERIMA PDRM

DALAM NEGARA

TUJUH LAPORAN POLIS TERHADAP HANNAH YEOH DITERIMA PDRM

Semalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis menggesa siasatan ke atas Ahli Parlimen Segambut itu berhubung sebuah buku yang ditulisnya.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis setakat ini telah menerima tujuh laporan terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berhubung buku tulisannya bertajuk Becoming Hannah: A Personal Journey.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata semua laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini baru-baru ini.

“Saya sahkan setakat ini IPD Dang Wangi telah terima tujuh laporan polis berkaitan isu melibatkan Hannah Yeoh. Semua laporan itu masih dalam tindakan dan siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis menggesa siasatan ke atas Ahli Parlimen Segambut itu berhubung sebuah buku yang ditulisnya.

Sebelum ini, Hannah dilaporkan berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video dan mesej yang memberi gambaran kononnya beliau berhasrat memurtadkan orang Islam atau menjadikan Malaysia negara Kristian. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading