Papan tanda premis perniagaan dan papan iklan serta nama jalan wajib mengandungi tulisan Jawi di Kota Bharu.
KOTA BHARU – Undang-undang mewajibkan penggunaan tulisan
Jawi di setiap papan tanda premis perniagaan dan papan iklan serta nama jalan
di sekitar Kota Bharu bertujuan memastikan warisan Melayu itu terus kekal dan
subur terutama untuk generasi masa depan.
Menurut Pengarah Pelesenan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Azizan Mohamed, undang-undang yang diperkenalkan pada tahun 1995 dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2007 itu juga selari dengan slogan Membangun Bersama Islam, Kerajaan Negeri Kelantan.
Azizan Mohamed
“Kita lihat di luar Kelantan, ramai anak muda mula melupakan tulisan
Jawi dan jika kita tidak kuatkuasakan penggunaan tulisan Jawi, kita bimbang mereka
langsung tidak dapat membacanya nanti.
“Dengan penguatkuasaan ini, bukan setakat orang dewasa, anak muda Muslim, bahkan orang Tionghua sendiri sudah dapat membaca tulisan Jawi ini di Kota Bharu,” kata beliau kepada krew Berita AlHijrah semalam.
Azizan berkata, sepanjang penguatkuasaan penggunaan tulisan Jawi di
Kota Bharu, pihaknya tidak pernah menerima sebarang rungutan atau bantahan dari
masyarakat berbilang kaum di bandar ini.
Malah masyarakat di negeri ini menyambut baik usaha kerajaan untuk
memperkenalkan kembali penulisan khat Jawi dalam sukatan pelajaran di
sekolah-sekolah.
Tambah beliau, MPKB-BRI sentiasa mencari jalan untuk memperkasakan
penggunaan tulisan Jawi di bandar ini.
Maliga a/p Rangasamy
Seorang peniaga, Maliga a/p Rangasamy yang ditemui berkata penggunaan
tulisan Jawi tidak sepatutnya menimbulkan masalah.
“Tak jadi masalah, dulu pun masa saya belajar sekolah rendah, belajar Jawi sudah ada. Sistem belajar sejak dahulu sudah elok, seharusnya diteruskan semula usaha yang pernah tersekat (belajar Jawi). Tulisan Jawi bukannya berkait dengan agama,” katanya.
Manakala seorang peniaga lagi, Peter Lee Jho Khiong meluahkan rasa dukacitanya kerana pengenalan kepada tulisan Jawi ini menjadi isu hangat yang mendapat bantahan dan dipergunakan oleh pihak tertentu.
Peter Lee Jho Khiong
“Negara ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, saya minta
semua pihak bertenang kerana isu ini boleh diselesaikan dengan baik.
“Saya harap jangan ada batu api yang membakar isu ini dan merosakkan
keharmonian masyarakat di negara ini,” pinta Jho Kiong.
Ahli Majlis Daerah Ketereh, Khalilullah Ahmad pula berkata, beliau
menyokong usaha ini untuk memupuk minat generasi baru mencintai tulisan Jawi
demi menjamin kelestarian tulisan ini.
Khalilullah Ahmad
“Apabila pengenalan dibuat, kita mulakan dengan papan iklan yang ada
tulisan Jawi. Generasi baru secara tidak langsung terus nak belajar. Iklan ditulis
dalam tulisan Jawi, jadi mereka kena belajar untuk faham apa yang ditulis,”
katanya.
Terbaru, pada 1 Ogos lalu, peraturan baharu yang mewajibkan setiap
permohonan papan tanda premis perniagaan perlu mendapat kelulusan Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) Wilayah Timur bagi memastikan ejaan Jawi dan Rumi digunakan
dengan tepat dan betul.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager