Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Turki hasrat wujudkan zon selamat

DUNIA

Turki hasrat wujudkan zon selamat

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan

ISTANBUL, 29 Januari – Kerajaan Turki berhasrat untuk mewujudkan zon selamat di utara Syria untuk membolehkan kira-kira empat juta pelarian Syria yang berlindung di negara itu kembali ke tanah air mereka.

Menurut Sinar Online, perkara itu diumumkan Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika beliau berucap di Istanbul pada Isnin.

Menurutnya, hampir 300,000 pelarian Syria telah kembali ke negara mereka dan jutaan lagi diharap pulang ke kawasan selamat.

Disember lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan langkah memanggil pulang tentera AS dari Syria dan Erdogan memaklumkan beliau telah membincangkan langkah penubuhan zon selamat pada jarak 32 kilometer di sepanjang sempadan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading