Setiap 1 Muharram, AlHijrah menyambut ulangtahunnya sebagai satu-satunya stesen penyiar berkonsepkan Islam.
HARI INI, 1 Muharram 1441H, genaplah sembilan tahun TV AlHijrah (TVAH) bersiaran, dalam usahanya mendidik, menghibur dan menyatukan ummah dengan menyediakan kandungan berunsurkan Islam kepada masyarakat pelbagai peringkat usia, variasi bangsa dan agama.
Bermula 16 September 2009, stesen televisyen berkonsepkan Islam pertama
di Malaysia ini muncul sebagai penanda era baru dalam industri penyiaran di
Malaysia. Walaupun pada peringkat awalnya, demografi utama disasarkan kepada
golongan muda dan kumpulan penonton bawah usia 40 tahun, realiti penonton kini
adalah sebaliknya. Ramai penonton usia 40 ke atas menjadi penonton setia stesen
ini.
Memahami erti hijrah dalam konsep yang lebih luas, TVAH kini mula
mengorak langkah memperkuatkan penggunaan platform digital, selari dengan
kehendak perubahan ekoran letupan Revolusi Industri ke-4 yang perlahan-lahan
membentuk komitmen baharu.
TVAH bersedia berhijrah ke arah apa sahaja perubahan menuju kebaikan.
Justeru itulah ia sentiasa mendorong masyarakat melakukan perubahan yang
berterusan ke arah kebaikan, sama ada perubahan peribadi, halatuju hidup dan
prinsip sesebuah negara melalui rancangan terbitan yang dikemaskini dari masa
ke semasa mengikut tuntutan dakwah masakini.
Menyediakan kandungan berbentuk majalah, dokumentari, drama, berita,
ehwal semasa, hiburan dan riadah berlandaskan prinsip Islam dan nilai sejagat
pada tahun-tahun awal penubuhannya, TVAH kini aktif menyiarkan kandungan yang
boleh mendorong perpaduan dan kesejahteraan kepada masyarakat keseluruhannya
melalui slogan baharu Islam Rahmatan Lil Alamin.
Untuk kekal relevan sepanjang zaman juga, stesen ini memperbanyakkan
kandungan yang bersifat universal, yang boleh dinikmati penonton di peringkat
tempatan dan antarabangsa. Menyedari kebaikan itu milik universal, TVAH
berusaha memastikan rancangan terbitan selari dengan perkembangan semasa dan
situasi dengan menggunakan pendekatan yang mesra dan interaktif.
Antaranya rancangan berbentuk kemanusiaan seperti sorotan dunia antarabangsa melalui GlobAlHijrah dan Hijrah Prihatin yang mengetengahkan kisah masyarakat yang kurang bernasib baik dalam negara, seterusnya membantu mereka mengubah nasib.
Hal ini diakui oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui video ucapan beliau sempena Ulangtahun TV AlHijrah ke-9.
“AlHijrah memberi gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang sedang berlaku di dalam dunia”, katanya.
Menjadi rujukan dunia Islam secara khusus dan isu-isu kemanusiaan seluruh dunia secara umumnya, stesen ini mampu membawa perubahan sikap dan sudut pandang individu dan masyarakat untuk menghasilkan dunia yang lebih aman sejahtera berlandaskan ajaran agama yang benar.
Kehadiran stesen ini juga banyak memberi pencerahan terhadap isu seputar Islamofobia yang mutakhir ini semakin banyak mencetuskan kegelisahan masyarakat.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager