#QuranHour telah terbukti banyak menyelesaikan masalah sosial dalam negara serta menguntungkan bukan sahaja orang Islam, malah juga bukan Islam.
SHAH ALAM – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) yang ditubuhkan pada 31 Julai 2013 dan bernaung di bawah Kumpulan Karangkraf membawa misi untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui pendekatan baca, faham dan amalkan nilai-nilai dari al-Quran sebagai cara untuk melahirkan karakter yang lebih baik.
Usaha ini dilakukan melalui tiga inisiatif iaitu penubuhan Rumah Ngaji yang memberikan pengajian al-Quran percuma supaya masyarakat Islam dari pelbagai lapisan dapat berinteraksi dengan al-Quran, pelaksanaan #QuranHour di peringkat keluarga, organisasi, komuniti, negara dan dunia agar pengajaran murni dari nilai-nilai al-Quran dapat diaplikasikan dan dilaksanakan dengan baik dan ketiga, membina hubungan baik melalui Sahabah Al-Quran sebagai satu cara agar bekerjasama mengangkat nilai-nilai murni dari Al-Quran
“Melalui tiga inisiatif itu, YWUI komited membawa matlamat ke arah melahirkan Bangsa Berbudi dan Penyayang sebagaimana mesej besar tentang ‘compassion’ yang ada di dalam al-Quran”, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marhaini Yusof.
Menurut beliau, dapatan dari pelaksanaan Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour sejak 2015 yang telah diadakan di lebih 3000 lokasi di Malaysia, 300 lokasi di 70 buah negara serta mencapai 1.46 bilion capaian di media sosial, kempen ini telah membantu membina ikatan yang lebih baik di kalangan orang Islam dan bukan Islam dalam negara Malaysia yang majmuk ini serta juga hubungan lebih baik di peringkat antarabangsa.
” ‘Keystone habit’ atau tabiat yang dilahirkan adalah agar orang Islam mencintai Al-Quran dan melaksanakan nilai-nilai ‘compassion’ di dalam al- Quran, mendirikan solat dan suka memberikan infak atau memberi sumbangan sama ada kepada muslim atau bukan.
“Quran, solat dan infak adalah modul kepada orang Islam di dalam membentuk jiwa yang berbudi dan penyayang seterusnya membina karakter muslim sejati yang lebih baik, selari dengan hasrat negara Malaysia saat ini untuk membina negara Rahmah dan Malaysia menjadi model kepada negara Muslim yang lain tentang karakter sebenar seorang muslim.
“Dapatan kami dalam tempoh tujuh tahun pelaksanaan kempen ini, terutamanya di syarikat dan organisasi, dari 10 orang, sekitar 7 hingga 9 orang tidak boleh membaca al-Quran, apatah lagi lagi memahami isi kandungan al-Quran yang sarat dengan nilai-nilai mulia yang perlu dipraktikkan,” katanya lagi.
Menurut Marhaini, YWUI percaya dengan dorongan agar orang Islam mula ‘back to basic’, membaca dan membudayakan Al-Quran sekaligus menguntungkan bukan Islam kerana amalan itu akan menjadikan orang Melayu Islam menjadi lebih baik dan lebih adil kepada mereka.
Selain itu, Modul Berinteraksi dengan al-Quran ini juga telah banyak membantu menyelesaikan masalah seperti proses pemulihan di penjara dalam kalangan muslim, menangani masalah disiplin pelajar di sekolah, ketagihan, membantu penerapan budaya keselamatan lebih baik di syarikat serta memantapkan perpaduan di dalam komuniti.
“Hanya dengan kembali memahamkan dan melakukan ajakan agar kita kembali kepada nilai-nilai murni dan mulia sebagaimana ada di dalam panduan agama akan membantu membentuk suasana yang lebih baik di dalam keluarga, komuniti, negeri dan negara,” jelas beliau lagi.
Ini kerana pengukuhan integriti dan pemantapan toleransi adalah elemen penting di dalam proses mengupayakan (empowerment) ummah agar lebih kompetitif dan berdaya maju.
Setelah kempen di peringkat negara dan dunia, matlamat sebenar kempen adalah ke arah My #QuranHour, iaitu satu jam bersama al-Quran, selama 365 hari menjadi praktik kepada semua Muslim sehingga lahir karakter berbudi dan penyayang sebagaimana panduan dari al-Quran.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager