Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UMAT ISLAM TUNAI SOLAT TARAWIH DI TIMES SQUARE, NEW YORK

DALAM NEGARA

UMAT ISLAM TUNAI SOLAT TARAWIH DI TIMES SQUARE, NEW YORK

Sambutan Ramadan di New York mencatat detik bersejarah selepas lebih 1,000 umat Islam berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah, di Times Square, pada Sabtu lalu.

NEW YORK: Sambutan Ramadan di New York mencatat detik bersejarah selepas lebih 1,000 umat Islam berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah, di Times Square, pada Sabtu lalu.

Penganjur yang dikenali sebagai SQ berkata, selain berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih, mereka yang hadir juga membaca ayat-ayat al-Quran.

Umat Islam yang hadir juga berkongsi mengenai kepentingan Ramadan selain turut menerangkan kepada orang awam mengenai keindahan Islam.

Penganjur acara ‘Taraweeh in Times Square’ turut mengagihkan 1,500 hidangan kepada mereka yang hadir.

“Ini adalah peristiwa bersejarah dan tidak pernah berlaku dalam sejarah New York,” kata SQ. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading