Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNRWA BERI AMARAN HOSPITAL DI GAZA “KINI MENJADI PERANGKAP MAUT”

DUNIA

UNRWA BERI AMARAN HOSPITAL DI GAZA “KINI MENJADI PERANGKAP MAUT”

Kenyataan UNRWA itu dibuat ekoran pengeboman berterusan dan sasaran langsung terhadap hospital, menyaksikan tiga hospital awam di utara Gaza iaitu Hospital Kamal Adwan, Beit Hanoun dan Hospital Indonesia tidak lagi berfungsi akibat peningkatan serangan Israel.

NEW YORK: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan “hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut.”

Dalam satu hantaran di X, agensi itu menjelaskan, keluarga di “Gaza terpisah, kanak-kanak terkorban akibat kesejukan dan kelaparan yang meragut nyawa,” lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

UNRWA turut menyeru agar gencatan senjata segera dilaksanakan di Semenanjung Gaza.

Kenyataan UNRWA itu dibuat ekoran pengeboman berterusan dan sasaran langsung terhadap hospital, menyaksikan tiga hospital awam di utara Gaza iaitu Hospital Kamal Adwan, Beit Hanoun dan Hospital Indonesia tidak lagi berfungsi akibat peningkatan serangan Israel.

Hanya 14 daripada 36 hospital di Gaza kini beroperasi secara separa dan menghadapi kekurangan bekalan yang kritikal, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading